Psoriasis dihidapi oleh 2% populasi penduduk dunia. Psoriasis adalah sejenis penyakit kulit yang berpanjangan dan berulang. Psoriasis terjadi kerana gangguan sistem imun badan yang mengakibatkan pertumbuhan pantas sel-sel kulit iaitu 2 hingga 3 hari berbanding 21 hingga 28 hari. Ini menyebabkan sel-sel ini timbul ke atas kulit dengan cepat lalu memperlihatkan tompok-tompok merah dengan sisik-sisik ‘keperak-perakan’ yang tebal dipermukaan kulit. Psoriasis juga boleh melibatkan kulit kepala dan kuku. Saluran darah dibawah kulit membengkak lalu meningkatkan aliran darah menyebakan tompok-tompok merah dan kulit mudah berdarah. Tetapi diantara dua puluh pesakit psoriasis, seorang mungkin mengalami masalah sendi seakan-akan penyakit sengal sendi. Psoriasis yang teruk dan meliputi sebahagian luas kulit mungkin mengakibatkan masalah lain. Psoriasis tidak berjangkit, Punca sebenar penyakit ini, tidak diketahui kemungkinan factor genetic dan persekitaran. (kecederaan dan selaran ma...
Dehidrasi adalah keadaan ketika badan kehilangan lebih banyak cairan daripada yang diperolehi, sehingga menyebabkan keseimbangan gula-garam badan terganggu serta badan tidak dapat menjalankan fungsi normalnya. Badan manusia yang sihat sepatutnya mengandungi sebanyak lebih dari 60 peratus air daripada jumlah berat badan keseluruhan. Badan memerlukan air bagi membantu sistem pencernaan, mengeluarkan kotoran dan racun dalam badan, bendalir untuk sendi, pelembap jaringan-jaringan pada telinga dan juga hidung, dan juga mengangkut nutrisi untul sel serta menjadikan kulit kekal sihat dan lembap. Penyebab Dehidrasi Faktor utama penyebab dehidrasi adalah diarea, keadaan iklim, aktiviti fizikal atau sukan yang ekstrim, serta gaya pemakanan anda. Selain itu dehidrasi juga mungkin disebabkan muntah yang teruk, berpeluh secara berlebihan, serta bersukan ketika cuaca panas terik. Namun begitu ada juga golongan yang amat berisiko besar jika mengalami dehidrasi, mereka adalah ; ...