Sedar atau
tidak, banyak rupanya tips untuk menghilangkan gastrik dengan bahan semulajadi
dan selamat. Gastrik adalah keradangan, kerengsaan, atau hakisan pada lapisan
perut. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba (akut) atau secara beransur-ansur
(kronik). Penggambilan alkohol berlebihan, muntah kronik, tekanan, pengambilan
caffeine atau penggunaan ubat-ubatan tertentu seperti aspirin atau ubat-ubatan
anti-radang adalah diantara penyebab gastrik.
Ia juga
mungkin disebabkan oleh mana-mana yang berikut:
Ø Helicobacter pylori (H. pylori): Bakteria yang hidup dalam lapisan lendir
perut; jika tidak dirawat, jangkitan ini boleh mengakibatkan ulser, dan lebih
teruk, kanser perut.
Ø Refluks empedu: Aliran balik empedu ke dalam perut dari saluran hempedu
(yang menyambung ke hati dan pundi hempedu)
Ø Jangkitan yang disebabkan oleh bakteria dan virus. Jika gastritis tidak
dirawat, ia boleh mengakibatkan kehilangan darah yang teruk dan boleh
meningkatkan risiko kanser perut.
1. Halia
Ia
mengandungi agen-agen anti-inflamatori, membantu untuk merehatkan otot-otot di
sekitar perut dan juga di saluran makanan dalam badan anda. Berfungsi mengeluarkan angin di dalam perut dan
membantu juga dalam meredakan kesakitan dalam perut akibat gastrik. Halia boleh
ditumbuk dan direndam untuk diminum bersama teh kegemaran atau diminum begitu
sahaja.
2. Jus Prun
Pernahkah
anda rasa perut anda seakan-akan meragam atau berbunyi. Ini biasanya berkaitan
dengan sembelit yang mana ada tidak dapat membuang air besar dan akibatnya
kesakitan tersebut merebak ke atas perut menjadi sakit perut, gastrik, dan
pedih ulu hati. Dengan meminum segelas jus prun ia bertindak sebagai laxatif
untuk melegakan perut anda.
3. Makanan Tawar / Tidak Pedas
Ketika perut
merasa sakit akibat gastrik dan kosong, jangan mengambil makanan pedas, makan
makanan yang biasa serta makanan-makanan yang mudah dicerna seperti pisang,
nasi, roti dan sebagainya. Makanan yang pedas atau tajam yang dikhuatiri akan
menambah kesakitan pada perut anda.
4. Teh daun pudina / Peppermint tea
Daun pudina
yang mengandungi menthol, mengandungi analgesic semula jadi yang amat berkesan
untuk meredakan rasa mabuk atau mual serta kesakitan di bahagian perut.
5. Air Nasi
Gunakan air daripada
nasi yang dimasak, kerana ia mempunyai bahan yang mampu membuat satu lapisan
pada dinding perut anda dan ini akan membantu untuk mengurangkan kesakitan
akibat gastrik. Masak nasi seperti memasak bubur, ambil air tersebut, tunggu
sehingga sejuk atau suam, untuk diminum.
6. Chamomile tea
Teh
chamomile mengandungi agen anti-inflamatori ia bertindak dalam merehatkan
otot-otot di sekitar perut dan saluran makanan. Ia mengurangkan keadaan
“contractions” yang menyebabkan gastrik dan sakit perut dan pada masa yang sama
mengurangkan kesakitan yang dialami. Amat mudah disediakan, hanya tambah air
panas di dalam cawan berisi uncang dan sudah sedia untuk diminum.
7. Air Kelapa
Air kelapa,
licorice tea, buah-buahan segar seperti nenas dan betik yang bersifat alkali
untuk meneutralkan asid perut.
8. Baking Soda
Bancuh
sesudu dalam segelas air dan minum, air baking soda adalah bersifat alkali
sementara gastrik pula disebabkan asid berlebihan. Jadi ia boleh meneutralkan
asid perut.
Selain itu anda juga
boleh merawat gastrik dengan supplement Shaklee yang berada lebih 50 tahun dipasaran, ianya berasaskan tumbuhan
semulajadi, selaras dengan motto nya 100% selamat, berkesan dan semulajadi.
1. ESP ( Energizing Soy Protein-Non GMO)
Ia mampu
mengurangkan keasidan dalam perut yang disebabkan jus gastrik. ESP bersifat
alkali dan apabila dicampur dengan asid di dalam perut ia akan mengurangkan
hakisan pada dinding perut serta melindungi perut. 20 jenis asid amino yang
terkandung di dalam ESP mampu membantu membina sel dan tisu baru di dalam
dinding perut. Gastrik sembuh, bonus pula, dapat kulit cantik.
2. Alfalfa Complex
Supplement
ini bersifat alkali. Ia amat membantu meneutralkan perut yang berasid. Gastrik terjadi
kerana rembesan Asid Hidroklorik yang menghakis dinding perut, ia membantu
menyeimbangkan pH ke paras yang sihat. Alfalfa juga membantu menangani masalah
kembung, Hyperacidity, ulser perut, Hepatitis dan sembelit. Sekaligus membuang angin
dan toksin di dalam badan.
3. Peppermint Gingger Plus
Membantu pencernaan
dan merangsang pengaliran cecair pencernaan semulajadi. Kandungan bahan
seperti herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis memberikan rasa
nyaman serta melegakan ketidakselesaan perut. Confirm lepas ambik ni akan
sendawa dan kentut, barulah perut rasa okay.
Testimoni Set Gastrik Shaklee
Pilihlah supplemen yang semulajadi seperti Shaklee yang telah diuji keberkesanan nya, dan pasti selamat untuk menghilangkan gastrik anda dari bergantung kepada ubat-ubatan yang mengandungi dadah yang boleh menyebabkan kesan jangka panjang yang memudaratkan badan kita. Shaklee diiktiraf oleh KKM dan Halal.
Untuk sebarang konsultasi produk, serta harga yang menarik dan diskaun, boleh berhubung dengan saya di talian seperti berikut. Postage ke seluruh Malaysia dan COD.
Comments
Post a Comment