Psoriasis dihidapi
oleh 2% populasi penduduk dunia. Psoriasis adalah sejenis penyakit kulit yang
berpanjangan dan berulang. Psoriasis terjadi kerana gangguan sistem imun badan
yang mengakibatkan pertumbuhan pantas sel-sel kulit iaitu 2 hingga 3 hari
berbanding 21 hingga 28 hari. Ini menyebabkan sel-sel ini timbul ke atas kulit
dengan cepat lalu memperlihatkan tompok-tompok merah dengan sisik-sisik
‘keperak-perakan’ yang tebal dipermukaan kulit. Psoriasis juga boleh melibatkan
kulit kepala dan kuku. Saluran darah dibawah kulit membengkak lalu meningkatkan
aliran darah menyebakan tompok-tompok merah dan kulit mudah berdarah.
Tetapi
diantara dua puluh pesakit psoriasis, seorang mungkin mengalami masalah sendi
seakan-akan penyakit sengal sendi. Psoriasis yang teruk dan meliputi sebahagian
luas kulit mungkin mengakibatkan masalah lain. Psoriasis tidak berjangkit,
Punca sebenar penyakit ini, tidak diketahui kemungkinan factor genetic dan
persekitaran. (kecederaan dan selaran matahari), jangkitan (streptococcal, HIV),
ubat-ubatan (lithium, perencat ACE, perencat beta, antimalaria, NSAIDS),
merokok, alkohol, dan tekanan emosi.
Walaupun
masih belum ada cara yang dijamin berkesan untuk menyembuhkan penyakit
psoriasis, tapi terdapat cara untuk mengawal simptom-simptom ringan psoriasis
yang boleh di buat hanya dari rumah. Seperti :
1. Pengambilan Supplement Untuk Meningkatkan Tahap Kesihatan
Ambil supplement bagi mengurangkan simptom psoriasis bagi memenuhi nutrisi dari
dalam.
National Psoriasis Foundation menyatakan Minyak ikan omega-3, vitamin D, milk thistle
(tumbuhan herba), aloe vera, anggur oregon dan EPO antara yang dikenalpasti boleh meredakan simptom ringan penyakit psoriasis. Kebanyakan dari nutrisi ini boleh didapati dalam menu makanan kita. Dapatkan nasihat dan saranan pakar dermatologi
sebelum pengambilan. Ini untuk mengelakkan kesan awal psoriasis daripada
menjadi lebih buruk kerana ia bergantung kepada tindakbalas dan penerimaan badan seseorang individu.
2. Mengelakkan kulit daripada menjadi kering
Gunakan
perkakasan pelembab udara (humidifier) di dalam rumah bagi mengawal
kelembapan udara persekitaran yang menyebabkan kulit kering. Gunakan krim pelembap bagi kulit yang sensitif seeloknya yang disyorkan pakar dermatologi.
Ianya mengelakkan atau melambatkan pembentukan
plak iaitu kulit tebal, bersisik atau berkuping. Minyak zaitun dan
minyak kelapa juga bagus untuk kulit, kaya dengan vitamin E untuk melembabkan kulit. Ianya boleh dijadikan sapuan untuk
mengekalkan kelembapan kulit lebih lama.
3. Mengelakkan bahan pewangi
Keadaan psoriasis cenderung menjadi lebih buruk jika menggunakan pewangi samaada dalam sabun mandian ataupun minyak wangi, kerana ia mengakibatkan iritasi pada kulit. Pilihlah produk yang berasaskan bahan semulajadi dan sesuai untuk kulit sensitif.
4. Menjaga pemakanan
Setiap
individu akan mempunyai karakter psoriasis yang mungkin tidak sama berkaitan
dengan alahan makanan tertentu. Fahami keadaan alahan kulit anda sendiri. Daging merah dan snek berlemak atau apa sahaja makanan yang boleh
mencetus psoriasis harus dielakkan. Ambil makanan yang sihat seperti buah-buahan dan sayuran, ikan (yang tidak
mendatangkan alahan), biji-bijian, kekacang yang kaya dengan omega-3 untuk
mmengurangkan keradangan pada kulit.
5. Mandi
dengan air suam
Mandian
hangat air suam bercampur garam epsom, minyak zaitun, herba dan sebagainya juga
boleh membantu meredakan kegatalan dan melegakan kulit. Gunakan pelembab kulit
selepas mandi kerana ianya boleh menambahkan kesan baik pada kulit terjejas.
6. Cuba
Kawal stress dengan baik
Simptom
psoriasis kadangkala ringan dan kadangkala tiba-tiba ianya boleh menjadi berat
apabila sampai masa yang tertentu. Menahan diri daripada kegatalan serta
tidak menggaru kulit sering meningkatkan tahap stress. Sabar dan kawal stress dengan bijak. Banyakkan amalan rohani. Berkongsilah masalah dan
maklumat dengan rakan-rakan psoriasis lain dalam Persatuan Psoriasis Malaysia juga boleh membantu.
7. Berhenti merokok segera
Merokok menyebabkan ubat atau nutrisi pemakanan yang
baik untuk mengawal psoriasis tidak mampu diserap dengan sepenuhnya. Ianya menyebabkan kulit menjadi mudah kering kerana mengurangkan keberkesanan vitamin
C dalam badan.
8. Berjumpalah dengan pakar dan minta nasihatnya.
Setiap orang mungkin ada caranya tersendiri untuk menangani psoriasis. Rujuk dan
berbincang dengan doktor pakar dermatologi terlebih dahulu. Ianya adalah lebih
baik. Biar mereka mendiagnosis masalah dengan lebih teliti sebelum anda
bertindak untuk menanganinya sendiri di rumah.
Selain itu anda juga mungkin boleh mencuba Set Detox Shaklee. Ini adalah
set paling baik sebelum mengambil suplemen lain. Pesakit psoriasis digalakkan
mengambil set detox ini terlebih dahulu. Ini adalah bagi membantu mengeluarkan
toksin daripada dalam badan di samping membantu proses penyerapan vitamin lain
yang lebih berkesan. Set detox Shaklee ini mengandungi:
Vivix
Shaklee merupakan minuman campuran botani dan ianya revolusi terbaru di dalam
pemakanan. Mengandungi polifenol dengan gabungan unik botani Polygonum
Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu.
Polifenol pula
adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang
mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Vivix Shaklee membantu pesakit psoriasis
dengan cara merawat sel-sel keperingkat DNA yang telah rosak akibat radikal bebas
dan membantu memperbetulkan gen-gen yang rosak. Ini berdasarkan kepada salah
satu punca psoriasis iaitu genetik.
DTX Complex
mengandungi bahan antioksidan yang dapat membantu merangsangkan pembaikan dan
regenerasi sel hati di samping mengekalkan pengaliran hempedu yang normal serta
mengeluarkan toksin daripada tubuh badan.
Ianya
berfungsi untuk pembersihan secara lembut dalam proses pembuangan harian untuk
penyerapan vitamin lain menjadi lebih mudah serta berkesan. Herblax membantu
proses detox pada organ usus besar.
Alfalfa
adalah merupakan tumbuhan yang sangat kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat
galian. Ianya berfungsi mencuci hati, darah dan usus. Sebagai detoks harian
bagi membantu memulihkan dan mengembalikan kenormalan badan yang berasid,
menghilangkan toksin dari badan, membersih hati, kolon, darah dan mencantikkan
kulit dan otot.
Juga
berfungsi mengurangkan alahan dan memperbaiki keadaan kulit dan hidung
sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan. Ianya juga membantu
menyingkirkan lemak dan kolesterol , alfalfa bertindak seperti ‘span’ untuk
menyerap lemak degil dan dinyahkan dari tubuh melalui proses pembuangan yang
lancar.
Peppermint Ginger Plus
Mengandungi
bahan seperti pudina yang kaya dengan vitamin c bagi membantu membunuh kuman
serta membantu mengurangkan rasa loya dan mual.
Selain itu
ianya mengandungi halia yang baik untuk sistem penghadaman dan mengelakkan
angin atau kembung. Ramuan lain pula adalah seperti jintan manis yang bagus
untuk mencuci usus dan perut. Justeru ianya baik untuk perut berasid dan
berangin.
Selain
supplement diatas, pesakit psoriasis juga disarankan untuk mengambil dan
mengamalkan produk berikut:
Ianya bersifat
antioksidan dan sangat baik untuk meningkatkan sistem imun. Nutriferon adalah
pencetus, manakala vitamin c adalah askar yang bekerja untuk menjaga sistem
imun kita. Jadi selain Nutriferon, vitamin C juga penting untuk sistem imun
yang kuat juga terbaik untuk kesihatan kulit.
Omega Guard
Omega Guard
Shaklee adalah merupakan minyak ikan omega 3 yang 99.99% tulen. Minyak ikan
membantu meningkatkan imunisasi badan dan bersifat anti radang justeru dapat
mengawal keradangan kulit. Minyak ikan merupakan terapi kepada penyakit
autoimun termasuklah SLE seperti psoriasis dan lain-lain penyakit autoimun.
Nutriferon
Nutriferon
telah dicipta oleh pakar imun, Dr Yasuhiko Kojima dengan lebih daripada 40
tahun penyelidikan. Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu
merangsang dan mempertingkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan
mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh:
T-cells, B-cells, makrofag.
Bagi
psoriasis, Nutriferon dapat membantu merangsangkan pengeluaran makrofag untuk
mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman. Justeru itu sel-sel akan menjadi
lebih sihat. Selain itu Nutriferon juga membantu memerangi virus dan seterusnya
mengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan seperti, kembung perut,
rasa mual, muntah.
Bcomplex
membantu dalam proses penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan anti
kemurungan (stress). Ia adalah nutrien anti-kemurungan. Memandangkan salah satu
sebab psoriasis menjadi merebak adalah disebabkan oleh stress, maka bcomplex
adalah salah satu kombinasi yang baik untuk mengawal psoriasis. Selain itu,
bcomplex juga sangat baik untuk memperbaiki kesihatan saraf.
Energizing Soy Protein (ESP)
ESP Shaklee
diperbuat daripada soya non-GMO. Justeru itu ianya selamat untuk diamalkan.
Memandangkan ianya adalah sumber protein, ianya membantu dalam proses pembinaan
sel. Ia berupaya membantu menghasilkan sel yang sihat dan memperbaiki sel yang
rosak.
Anda boleh
memilih supplement diatas mengikut yang perlu diambil, tetapi jika diambil
semua dan bermula dengan set detox, hasilnya in shaa Allah lebih optimum dan
berkesan.
TESTIMONI PENGGUNA
Untuk sebarang konsultasi produk, serta harga yang menarik dan diskaun, boleh berhubung dengan saya di talian seperti berikut. Postage ke seluruh Malaysia dan COD.
TESTIMONI PENGGUNA
Untuk sebarang konsultasi produk, serta harga yang menarik dan diskaun, boleh berhubung dengan saya di talian seperti berikut. Postage ke seluruh Malaysia dan COD.
Everina www.wasap.my/0148838596
Fb: Everina Nuri
IG: everina_nuri.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiPkO8RKoLlMy39yEzvC_4xHypCFjsY9MOI5XjyC9O26JydTaBzp8bLigR4OvCAU876raMOV1eAIJGjekcwtYC7DN1suD7bbb-uPzlkPsrcQ5qZl9-DGGcZjpGhdJX7dqemTJXFL1twf9Q/s400/jadi+ahli.jpg)
Disclaimer:* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Comments
Post a Comment