Psoriasis dihidapi oleh 2% populasi penduduk dunia. Psoriasis adalah sejenis penyakit kulit yang berpanjangan dan berulang. Psoriasis terjadi kerana gangguan sistem imun badan yang mengakibatkan pertumbuhan pantas sel-sel kulit iaitu 2 hingga 3 hari berbanding 21 hingga 28 hari. Ini menyebabkan sel-sel ini timbul ke atas kulit dengan cepat lalu memperlihatkan tompok-tompok merah dengan sisik-sisik ‘keperak-perakan’ yang tebal dipermukaan kulit. Psoriasis juga boleh melibatkan kulit kepala dan kuku. Saluran darah dibawah kulit membengkak lalu meningkatkan aliran darah menyebakan tompok-tompok merah dan kulit mudah berdarah. Tetapi diantara dua puluh pesakit psoriasis, seorang mungkin mengalami masalah sendi seakan-akan penyakit sengal sendi. Psoriasis yang teruk dan meliputi sebahagian luas kulit mungkin mengakibatkan masalah lain. Psoriasis tidak berjangkit, Punca sebenar penyakit ini, tidak diketahui kemungkinan factor genetic dan persekitaran. (kecederaan dan selaran ma...